Ahad, 8 Mac 2009

UPSR Bil. 1/50 Makluman Kertas Pemahaman dan Penulisan

Bahasa Melayu Pemahaman

1. Mengandungi 40 soalan.
- soalan 1 hingga 30 adalah soalan tatabahasa.
- soalan 31 hingga 40 adalah soalan pemahaman petikan ( 2 petikan diberikan )

2. Skop petikan pemahaman meliputi tajuk-tajuk seperti petikan fakta, cerita, surat rasmi, tidak
rasmi, berita, laporan, puisi, syarahan, ucapan, jadual, graf, peta dan iklan

Bahasa Melayu Penulisan

1. Mengandungi 3 bahagian A, B dan C . Bahagian A dan C wajib dijawab manakala bahagian B terdiri daripada 3 soalan yang mana calon dikehendaki menjawab 1 soalan sahaja.

2. Bahagian A merangkumi 3 tema iaitu tema keluarga, sekolah dan masyarakat.
Murid memerlukan menulis 5 ayat berdasarkan gambar samada bentuk situasi atau aktiviti

3. Bahagian B memerlukan murid mengarang

4. Bahagian C murid dikehendaki menulis satu perenggan tentang nilai murni atau pengajaran yang baik berdasarkan petikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan