Sabtu, 2 Januari 2010

Kursus Literasi Tahun Satu

Untuk maklumat awal, kursus di atas akan diadakan pada 18.1.2010 hingga akhir bulan Februari 2010. Seorang guru yang mengajar bahasa Melayu di tahun Satu setiap sekolah rendah akan dipanggil menghadiri kursus tersebut.

Ahad, 23 Ogos 2009

Analisis JUSA Tahun 6

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Kepada Semua Ketua Panitia Bahasa Melayu.

Sila e-melkan analisis soalan semua set JUSA sebelum 30.8.09. Analisis soalan bagi tahun 1 hingga tahun 6 tidak perlu dihantar dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila diminta oleh pihak pemantau.

Sabtu, 13 Jun 2009

MAKLUMAN PENTING UNTUK KETUA PANITIA BM

1. Dimaklumkan bahawa terdapat sedikit kesilapan di dalam JSU dan analisis item dalam CD Latih Bimbing JUSA.

2. Sila download (muat turun) daripada emel cikguzorro@yahoo.com dan passwordnya ialah 123456789

3. Gunakan JSU dan analisis tersebut apabila tuan/puan menghantar analisis item setiap set bagi setiap kelas.

4. Sila hantar analisis soalan set 1 dan set 2 bagi kelas tahun 1 hingga 6 sebelum atau pada 30.6.09 melalui e-mel lbjusa09@gmail.com.

5. Sila catatkan KOD SEKOLAH apabila menghantar analisis soalan tersebut.

Ujian Pelepasan 1 KIA2m

Assalamualaikum.

1. Dimaklumkan bahawa ujian tersebut akan dijalankan pada 22.6.09 hingga 26.6.09.
2. Setiap sekolah dibekalkan hanya 1 set sahaja.
3. Pihak sekolah perlu memperbanyakkan soalan-soalan tersebut berdasarkan bilangan murid KIA2M.
4. Pastikan data ujian pelepasan 1 tepat sebelum dihantar ke PPD masing-masing.
5. Guru KIA2M perlu membuat POST-MORTEM selepas ujian ini. Dapatan daripada post-mortem dibincangkan dalam
mesyuarat Jawatankuasa KIA2M.
6. Taklimat Pembugaran KIA2M akan dilaksanakan diperingkat PPD masing-masing mulai bulan JUN 2009.

Khamis, 7 Mei 2009

MAKLUMAT PENTING UNTUK SEMUA KETUA PANITIA

Dimaklumkan bahawa terdapat sedikit kesilapan di dalam JSU dan analisis item dalam CD Latih Bimbing JUSA.

Sila download (muat turun) daripada emel cikguzorro@yahoo.com dan passwordnya ialah 123456789

Gunakan JSU dan analisis tersebut apabila tuan/puan menghantar analisis setiap set bagi setiap kelas.

Jumaat, 24 April 2009

FAIL KIA2M/PROTIM/PKJR

Fail Utama(Ring Fail)

1. Carta Organisasi
2. Minit Mesyuarat
3. Huraian Sukatan Pelajaran
4. Senarai nama Murid
5. Borang prestasi semua murid
6. Surat-surat pekeliling
7. Modul guru
8. Senarai inventori BBM
9. Biodata guru
10. Jadual Waktu
11. Rancangan Tahunan

Fail Murid.

1. Profil murid
2. Instrumen ujian
3. Borang skor
4. Lembaran kerja
5. Borang prestasi individu murid

Catatan: Sediakan fail yang berasingan untuk KIA2M, PROTIM TAHUN 4, PROTIM TAHUN 5 DAN PKJR

Contoh P&P PKJR